SELAMAT DATANG

BLOG PPKIBP SK GONG BAYOR

Selasa, 11 Mei 2010

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas

-Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

-Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas

-Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas

-Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran

-Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)

-Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1.SKIM PERKHIDMATAN

1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22

2. PERINGKAT ORGANISASI

2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas

3. RINGKASAN TUGAS

3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-

4. 1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru mengajar

4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.

4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.

4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.

4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

4.7 Membantu menguruskan murid baru.

4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.

4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

5.PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS

Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.

5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.

5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.

5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.

5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.

5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.

5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS

6.1Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.

6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.

6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.

6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.

6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.1Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P

7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.

7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.

7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8. PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)

Membantu:

8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .

8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.

8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktiviti kokurikulum.

8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9. TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH

9.1 CUTI PENGGAL

Memastikan:

9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.

9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.

9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.

9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

9.2 CUTI AKHIR TAHUN

Memastikan:

9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.

9.2.2Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak

9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.

9.2.4 Menyemak stok dan inventori.

9.2.5Melabel dan mengemaskini sistem fail.

9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.

9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN

JADUAL TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

WAKTU PERSEKOLAHAN

MASA

AKTIVITI

7.00 am - 7.30 am

membuka kelas dan menyambut kedatangan murid.

mengambil buku rekod kedatangan

mengurus murid RMT

toilet training

menyediakan bahan pembelajaran.

mengawal kelas dan mengatur murid mengikut kelas masing-masing

7.30 am – 9.30 am

membantu dalam proses P&P

menghantar buku rekod kedatangan

rehat 20 minit ( sebelum murid rehat )

9.30 am – 10.00 am

( REHAT MURID )

membantu pergerakan murid sebelum, semasa dan selepas makan di kantin

membantu pengurusan diri

10.00 am - 01.00 pm

membantu dalam proses P&P

mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dalam P&P

memastikan murid pulang dengan selamat

01.00 pm – 2.00 pm

REHAT

2.00 pm – 4.00 pm

menyusun atur kerusi dan meja

memastikan kebersihan kelas

memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup

memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup dan dikunci

membantu tugas surat menyurat

mengemaskini dokumen

menyediakan bahan bantu mengajar untuk persediaan P&P keesokkan hari

Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan Pendidikan

Pendidikan Khas / Penyelaras

JADUAL TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

WAKTU CUTI PENGGAL

MASA

AKTIVITI

8.00 am -1.00 pm

1. Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.

2. Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.

3. Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.

1.00 pm – 2.00 pm

REHAT

2.00 pm – 5.00 pm

1. Menyemak stok dan inventori.

2. Melabel dan mengemaskini sistem fail.

3. Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.

4.Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

* Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas /Penyelaras Pendidikan Khas