Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempergiatkan usaha untuk mendaftarkan orang kurang upaya (OKU) supaya mereka boleh memperoleh Kad Kenal Diri OKU.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Zainab Nasir berkata, sejak pendaftaran OKU dilaksanakan sehingga Ogos tahun ini, seramai 11,636 orang OKU telah mendaftar dengan JKM negeri ini.
''Kesemua mereka telah pun memperoleh Kad Kenal Diri OKU di mana mereka menerima pelbagai nikmat dan kemudahan sebagai OKU," kata beliau di sini hari ini.
Namun begitu kata Zainab, bagi ibu bapa mahupun penjaga yang belum mendaftarkan anak OKU, pihaknya meminta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu dan orang perseorangan supaya bertindak segera.
''JKM telah pun mengadakan kempen dari semasa ke semasa bagi tujuan pendaftaran OKU dan menyedarkan masyarakat terhadap keistimewaan pemegang Kad Kenal Diri OKU ini.
''Kita mahu supaya anak-anak mereka mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang boleh diperoleh agar golongan OKU ini tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan negara serta dapat hidup dan merasai segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan," kata Zainab.
Mengikut maklumat yang diperoleh dari JKM dalam agenda pemulihan, perkhidmatan dan pembangunan OKU, terdapat beberapa kategori Kad Kenal Diri OKU ini di mana mengikut kecacatan dan keperluan.
Bagi pemegang Kad Kenal Diri OKU berwarna biru ia merujuk kepada mereka yang bermasalah penglihatan, warna ungu pula bagi masalah pendengaran, hijau untuk kecacatan fizikal, merah untuk aspek cerebral palsy (kecacatan otak/spastik), kuning untuk tujuan masalah pembelajaran dan oren bagi kes lain-lain kecacatan.
Kemudahan
Antara keistimewaan yang disediakan untuk pemegang Kad Kenal Diri OKU ini termasuklah kejohanan sukan sendiri (paralimpik), kegiatan kesenian dan kebudayaan, kemudahan pendidikan, kemudahan akses bangunan awam, kemudahan dan galakan pelepasan cukai.
Lain-lain adalah kemudahan pengangkutan awam, pengecualian bayaran perubatan, pengecualian bayaran dokumen perjalanan, kemudahan peluang pekerjaan, kemudahan membeli kereta dan motor nasional, pencen terbitan, kemudahan membeli alat ganti OKU, kemudahan Telekom dan sebagainya.
''Adalah wajar kepada golongan OKU supaya ibu bapa, mahupun penjaga segera mendaftarkan anak mereka untuk diberikan Kad Kenal Diri OKU supaya program pemulihan dan pembangunan mereka dapat diselaraskan sebaik mungkin," kata Zainab.
Ahad, 9 Mei 2010
Isnin, 3 Mei 2010
Mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah pembelajaran khusus
Masalah pembelajaran khusus (mpk) ialah istilah yg merujuk pelbagai masalah pembelajaran yang khusus berkaitan dengan kemahiran membaca,menulis dan matematik.Dalam bentuk serius ,masalah ini termasuklah disleksia dan diskalkulia.
Ramai pelajar yang menghadapi masalah membaca,menulis dan matematik mempunyai fungsi kognitif yang baik.Ada masanya mereka boleh menjadi orang yang sangat kreatif dalam bidang seni,muzik sukan dan kegiatan lain yang bersifat teori dan praktikal.
Ramai guru tidak menyedari kenyataan bahawa masalah itu benar-benar wujud dan bukan kerana malas atau ketiadaan minat.Oleh sebab itu mereka mungkin memarahi pelajar berkenaan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan seterusnya mengurangkan prestasi kognitif mereka secara keseluruhanya.Bagaimanapun,kita perlu juga menyedari kenyataan bahawa sesetengahnya juga mempunyai fungsi kognitif yang berkurangan.
Guru perlu menyedari kenyataan bahawa sesetengah pelajar akan menghadapi masalah membaca,menulis dan mengira kerana tidak mempunyai kefahaman dan kemahiran prabaca,pratulis dan pranombor.Sesetengahnya mungkin tidak fasih dalam bahasa pengantar yang menjadi asas untuk membaca,menulis dan mengira.
Adalah penting kita tidak keliru antara masalah pembelajaran khusus dengan ketidakmatangan pelajar seperti halnya apabila pelajar dalam tahun 1 dan tahun 2:
-keliru antara huruf seperti b dengan p,b dengan d , g dengan q
-keliru antara nombor 6 dengan 9
-Menulis huruf cermin ( terbalik seperti dalam cermin )
-Mengalami kesukaran menulis di atas garisan atau 2 garisan apabila diperlukan.
Apabila masalah yang digambarkan itu dihadapi di tahun 3 , masalah sedemikian mungkin akan menyebabkan pelajar ini:
-Keliru dan menulis huruf secara melintang dan menegak
-Masalah menulis di atas garisan dalam buku tulis
-Masalah menulis nombor dengan cara yang betul
-Masalah mengeja mereka mungkin menulis perkataan yang sama dengan banyak cara berbeza.Guru mungkin menganggap mereka cuai,tetapi sebenarnya mereka tidak nampak kesilapan yang dilakukan.
-gelisah dan tidak boleh duduk diam
-Rasa rendah diri
-masalah tingkah laku berpunca daripada rasa rendah diri
-Penyisihan diri
-keputusan tidak baik dalam subjek lain kerana tidak dapat membaca atau melahirkan pengetahuan menerusi tulisan

Rabu, 28 April 2010
MISI PENDIDIKAN KHAS TERENGGANU
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sepenuhnya bagi merealisasikan semua murid pendidikan khas dapat memaksimumkan penggunaan potensi diri
Falsafah Pendidikan khas Bahagian Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan ,berupaya , beriman , berdikari , mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara
AHLI JAWATANKUASA PPKIBP SK GONG BAYOR
Pengerusi : En Che Awin Bin Hassan (Guru Besar )
Naib Pengerusi : Pn Hjh Siti Meriam Bt Salleh (GPK 1)
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Hamidah Bt Omar ( GPK HEM)
Naib Pengerusi 11: Tuan Haji Mohamed B. Jusoh ( GPK KOKO)
Naib Pengerusi 111: En Mohd Zulkeman B. Wan Majid ( GPK KHAS )
Setiausaha : Pn Siti Zaleha Bt Md Idris ( Ketua Program )
Ahli Jawatankuasa : En Abd Ghani B.Mohd ( Guru Pendidikan Khas )
Pn Roshani Bt Nawang ( Guru Pendidikan Khas )
Pn Mahani Bt Nawawi ( Guru Pendidkan Khas )
Pn Nor Aini Bt Omar ( Guru Pendidkan Khas )
Cik Tuan Norehan Bt Mohd Noor ( Pembantu Pengurusan Murid )
Pn Suhaila Bt Ghani ( Pembantu Pengurusan Murid )

Langgan:
Catatan (Atom)