SELAMAT DATANG

BLOG PPKIBP SK GONG BAYOR

Isnin, 3 Mei 2010

Mengenal pasti pelajar yang mengalami masalah pembelajaran khusus

Masalah pembelajaran khusus (mpk) ialah istilah yg merujuk pelbagai masalah pembelajaran yang khusus berkaitan dengan kemahiran membaca,menulis dan matematik.Dalam bentuk serius ,masalah ini termasuklah disleksia dan diskalkulia.
Ramai pelajar yang menghadapi masalah membaca,menulis dan matematik mempunyai fungsi kognitif yang baik.Ada masanya mereka boleh menjadi orang yang sangat kreatif dalam bidang seni,muzik sukan dan kegiatan lain yang bersifat teori dan praktikal.
Ramai guru tidak menyedari kenyataan bahawa masalah itu benar-benar wujud dan bukan kerana malas atau ketiadaan minat.Oleh sebab itu mereka mungkin memarahi pelajar berkenaan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan seterusnya mengurangkan prestasi kognitif mereka secara keseluruhanya.Bagaimanapun,kita perlu juga menyedari kenyataan bahawa sesetengahnya juga mempunyai fungsi kognitif yang berkurangan.
Guru perlu menyedari kenyataan bahawa sesetengah pelajar akan menghadapi masalah membaca,menulis dan mengira kerana tidak mempunyai kefahaman dan kemahiran prabaca,pratulis dan pranombor.Sesetengahnya mungkin tidak fasih dalam bahasa pengantar yang menjadi asas untuk membaca,menulis dan mengira.
Adalah penting kita tidak keliru antara masalah pembelajaran khusus dengan ketidakmatangan pelajar seperti halnya apabila pelajar dalam tahun 1 dan tahun 2:
-keliru antara huruf seperti b dengan p,b dengan d , g dengan q
-keliru antara nombor 6 dengan 9
-Menulis huruf cermin ( terbalik seperti dalam cermin )
-Mengalami kesukaran menulis di atas garisan atau 2 garisan apabila diperlukan.
Apabila masalah yang digambarkan itu dihadapi di tahun 3 , masalah sedemikian mungkin akan menyebabkan pelajar ini:
-Keliru dan menulis huruf secara melintang dan menegak
-Masalah menulis di atas garisan dalam buku tulis
-Masalah menulis nombor dengan cara yang betul
-Masalah mengeja mereka mungkin menulis perkataan yang sama dengan banyak cara berbeza.Guru mungkin menganggap mereka cuai,tetapi sebenarnya mereka tidak nampak kesilapan yang dilakukan.
-gelisah dan tidak boleh duduk diam
-Rasa rendah diri
-masalah tingkah laku berpunca daripada rasa rendah diri
-Penyisihan diri
-keputusan tidak baik dalam subjek lain kerana tidak dapat membaca atau melahirkan pengetahuan menerusi tulisan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan